Wednesday, October 6, 2010

BUAT INSAN YANG BERPUNYA..


>Jika kamu memancing ikan....
>setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
>mengambil terus ikan itu....
>janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
>air begitu sahaja....
>kerana ia akan sakit
>oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
>ia akan menderita selagi ia masih hidup.
>
>Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
>kepada seseorang...
>setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
>hatinya....
>janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
>sahaja....
>kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
>mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
>mengingatimu....
>
>Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
>mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
>begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
>Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
>menampalnya semula....
>akhirnya ia dibuang....
>sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih
>boleh digunakan lagi....
>
>Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
>seadanya....
>Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
>menganggapnya begitu istimewa....
>anggaplah dia manusia biasa.
>Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
>bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
>meninggalkannya.
>Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
>kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
>
>Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
>pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
>Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
>lain..
>Terlalu ingin mengejar kelazatan.
>Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
>memakannya.
>Kamu akan menyesal.
>
>Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
>insan.....
>yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
>Menyayangimu. Mengasihimu.
>Mengapa kamu berlengah, cuba membandin gkannya dengan
>yang lain.

0 comments:

Post a Comment